Monday, 5 December 2011

Tanda_Tanda SeOranG LelaKi mEnYinTai sEsEoRanG KeKasIh



Tanda-tanda lelaki telah menyintai seseorang dan ini pengajaran buat kekasih yang tidak pernah menhargai dan tidak pernah fahami maksud seseorang kekasih....dengan video ini boleh menjadi pengajaran buat semua yang memahaminya...

Pujangga Ibu(-_-)


Tajuk die pujangga ibu...aku harap dengan video ini korang dapat faham maksud di dalam video ini....Memang telalu banyak maksud kalau kita sama-sama tengok video ini aku rasa korang mesti ada perasaan sedih&macam-macam lagilah.....

selamat hari lahir syah ryzal

30 NOVEMBER yang lalu genap umur aku 22...wow terasa jugak lah umur aku makin lame makin meningkat..hahahha...ermmm terharu jugak lah rasanye ramai jugaklah kengkawan aku yang bagi ucapan kat aku..doakan aku ermmm thanzx sangat-sangat kat korang sume...aku harap hubungan persahabatan kita akan terjalin wat selamanye..aku terlalu sayangkan kawan-kawan aku...


Segala ape pun yang berlaku tuk bulan-bulan yang lepas ini memang banyak mematangkan diri aku untuk terus meneruskan perjalanan kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran...itu semua ketentuaan ilahi kita sebagai umatnye harus menerima dengan dugaan yang diberinye...



AShiTErU(-_-)


Tengok video clip nie wow best jugak anding die hiihih.....
banyak maksud lagu nie.......

Tuesday, 8 November 2011

HoBiN JaNg HoBiN


Lama betol lah x update blog nie peh rasa meriah lah kalo berada di stadium bak org cakap dia punya aura tu amat kuat puas n macm2 lagi poik hhuu...ape yang penting masa yang akan dtg mau join lah ultras malaya sokong bola sepak negara kita kalah menang lain cite yang utama sekali semangat kita nie lah dapat menaikkan  sukan bola sepak kita hidup harimau malaya...huhuuh.....


hahahha.....meriah rasanye negeri sembilan dpt juara piala malaysia huhuhu....syok wow.....xsialah setiap pelawanan negeriku aku ada di stadium huhuhu....
ape yang penting sokonglah.....
Hah xlama lagi piala AFF CUP wat kat malaysia.....
time 2 wa mau join ultras malaya..hhhu.....

Sunday, 16 October 2011

Hidupku dan Untukmu jua...



salam kepada semua yang mengenali....kadang-kadang kesalahan yang lalu banyak mematangkan diri kita and kesilapan jugak banyak mengajar kita erti penyesalan tapi ape yang berlaku kita mesti berdiri di atas kaki kita sendiri....masalah bercinta ke masalah dengan kawan perkara ini memang lumrah dalam kehidupan kita kena menerima dengan hati yang terbuka....segala pengorbanan kita akan dibalas dengan kemuliaan, kesetiaan kita akan dibalas dengan hati yang bersih,..segalanye ada maksud tersendiri kita harus menghormati dan menjaga perhubungan supaya kita akan lebih matang dan berfikiran positif kalau adanye dalam fikiran kita negatif maknanye lebih elok kita mencari kelemahan pada diri kita.tak mudah untuk kita perolehi semua ini.renun-renugkanlah bersama.-ikhlas dari syah ryzal-

Saturday, 24 September 2011

CeRitaku(Hey, Soul Sister)


 
Salam wat sume yang mengenali......................................................................................
HaH Mcm biasalah aku nak berkongsi sikit cerita hiihihii...walaupun lagu nie dah biasa kita dengar tapi lagu nie memang best kan....dengar sekali mau dengar lagi....bukan cerita nie saja aku mau kongsi ngn korang sume dalam bulan september nie banyak betul lah dugaan yang aku terima...sedih pun ada cehhh...macamlah sedih sangat kan...hahahah....tak lama lagi aku akan p shah alam keje ler....walaupun tempat ini banyak kenangan ngan ex aku...tapi watpe kita nak fikir lagi kan yang penting sekarang aku kena kumpulkan harta dulu...tolong family aku yang penting sekali diri aku.......pasal kawin ke pasal nak ada orang tersayang fuhhh...belum lagi.....bukan wat masa sekarang nie...sayang aku sekarang pada family aku kengkawan aku....cinta aku pada allah s.w.t.....itu yang paling penting....


Sunday, 11 September 2011

ApaKah iTu CiNta??sEgaLanYe Ada DisiNi....


APA ITU CINTA

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki


Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Wednesday, 7 September 2011

CinTa MukA BuKu_najwa


Best wow lagu nie sekali aku dengar teringat kisah lalu..."ohohoh" tapi malas lah aku nak pikir sume tu....yang penting sekarang jiwa aku,hati aku tetap ada pendiriaan.......

Aku suke lah dengan lagu nie,....ceh..ceh...kali pertama aku dengar kat radio..lepas  tu kawan aku bagi tahu tajuk lagu nie...peh...banyak kali jugak lah aku dengar lagu nie sampai family ku tegur lah "udah-udah ler tuh tukar lah lagu lain" "hahhahahhahaha"

ape-ape pun lagu nie tetap dihati.....peace :)     

Monday, 5 September 2011

My DiaRi...

syah ryzal(aku)
Nak Berkongsi Cerita Tentang Diri Aku....
    Nie Biodata tentang diri aku...."hahahahaa"
...Nama penuh aku shah rizal bin abd majid sharani
..asal aku and tempat lahir aku "hospital kuala pilah tempat lahir ku" "tempat tinggal aku 'bandar seri jempol"
..tarikh lahir aku 30 november 1989 and aku study kat melaka "ADTEC MELAKA" aku amik cost ..diploma tecnology production(pengeluaran) baru jew abis "hehehehe"...

HaH nIe CerIta  aKu..
Maaf ler aku tak lah reti sangat nak menceritakan ape-ape tapi nie aku nye cerita...
aku seorang yang jujur kalo bab bercinta nie lah memang cepat serius dalam perhubungan ' ada masa giler-giler sikit perangai aku nie ada kalanye perangai aku nie berubah-ubah mengikut peredaran lah katakan "hahahahaaa"....time aku putus 2bulan yang lalu memang aku kecewa dengan ex aku tinggalkan aku memang aku betul2 kecewa tapi nak wat cammanekan redho jelah mungkin aku takda jodoh dengan die...tapi kengkawan aku lah yang banyak bagi aku nasihat..."cici" pun banyak lah and ramai lagilah thanzs sume kawan-kawan aku....aku sayang kat korang sume...

 Nie pulak tentang aku punya perangai...
Perangai aku nie tengok mood aku lah "huuhuhuh" kadang-kadang giler-giler sikit...perasaan malu adalah sikit biasalah kan.."hahhaaha" tapi orang yang dah kenal aku lama dorang taw perangai aku macam mane... ermmm...aku suke barang-barang yang nampak cantik xkira lah ape-ape...warna yang aku suke tentulah purple "huuhuhuh" hah akunye hobi hujung minggu tentulah tengok bola sepak "huhuhuh" pasukan pilihan aku sudah tentulah MANCHESTER UNITED(EPL)....pasukan yang paling aku anti "CHELSEA" hah lagi satu perangai aku nie memang and tak dapat dinafikan lagi aku memang kuat berjalan tapi ikut mood aku...."uhuhuuhu" tempat yang serabut-serabut nie aku xsuke tapi tempat yang tenang sejok ada pemandangan yang cantik hah tempat tu yang aku paling suke..huhuuh...

Hah tu lah cerita aku banyak lagi tapi cukuplah sampai sini dulu "uhuhu"


Sunday, 4 September 2011

KenGkaWaN aKu...

sahabat group jempol crew
HaH NaK CeRiTa siKiT nIe..
ermmmm....bermulalah kisah aqu dan sahabat aku semua nie....adam,ayin,panaz,idham,ismahli,aznol,jawe.man dan fahmi ramai lagi sory lah kalo2 ada nama korang yang aku tak letak....yang nie gambar baru jew aku edit...biasa lah gambar pagi raya..syok wow raya.....macam-macam peragai sahabat aku nie....setiap orang lain-lain peragai die....tapi yang penting korang sume jangan lah ada ape-ape masalah yang boleh menyebabkan hubungan kita nie ada masalah....segala masalah korang janganlah korang simpan-simpan....lagi satu kalo kalian lah sahabat yang memahami janganlah korang bile ada masalah korang cerita masalah korang kat sahabat yang laen ape gunanye kita nie semua sahabat kalo hal-hal macam nie korang nak berahsia...sebab kalian lah sahabat yang aku sayang....takde jual kat 7ELEVEN de "hahhahah"...

NeWbiE BLogGeR

bArU-BaRu Nie.....
Bermulanye kisah blogger aku nie gelak sikit "hahahah" betul ke aku ada blogger nie rasa lawak pon ada tapi  itu kenyataan sekarang...yang membuatkan aku jadik berminat  nak ada blogger sendiri  nie kawan aqu yang merekemenkan tuk aku wat blogger nie..."hahahah" aku reka sendiri panggilan manja lah kot cici..huhu.....cici lah yang banyak ajar aku wat blogger nie...nie yang wat aku sayang kat cici nie  :"hahahhahaaha" kitaorg baru jew berkenalan....die single kew kata die opss "cici" jangan marah!!!...aku baru jew 2 bulan lah hidup menyingle nie hahah...tapi aqu seronok dengan adanye my cici yang sudi berkongsi masalah dengan aku...semalam die "cici" watkan akunye blogger nie cantik wow....thanzs sesangat "huuhuh"
rasanye cukuplah cerite tuk hari nie.....hihkhik....